Saturday, 24 January 2015

Kesan Positif Kerjaya Pilihan Terhadap Diri dan Keluarga

Diri : 

1. Mewujudkan rasa seronok untuk bekerja
2. Timbulnya keikhlasan untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh
3. Kita akan berusaha untuk meningkatkan kemahiran dalam kerjaya pilihan 
4. Minat terhadap kerjaya tersebut akan membuatkan kita lebih fokus terhadap tugas
5. Kita akan sentiasa berada pada tahap prestasi kerja yang baik

Keluarga :

1. Tiada tekanan kerja yang mengganggu emosi kita dan keluarga
2. Pendapatan yang lumayan daripada jawatan tersebut dapat memberikan kehidupan yang selesa kepada keluarga
3. Mendorong ahli keluarga yang lain untuk berjaya seperti kita
4. Boleh dijadikan sebagai ikon dalam keluarga
5. Dapat berkongsi pengalaman tentang ilmu dan kemahiran dalam kerjaya tersebut



Kesan Negatif Kerjaya Pilihan Terhadap Diri dan Keluarga

Diri : 

1. Pilihan untuk memilih kerjaya menjadi terhad
2. Terpaksa bersaing untuk mendapatkan kerjaya yang dipilih
3. Bekerja dalam keadaan tertekan sekiranya tidak mendapat kerja yang diingini
4. Berlaku konflik jika tiada kelayakan untuk mendapatkan jawatan yang dikehendaki
5. Tidak dapat menonjolkan bakat terpendam yang dimiliki dalam kerjaya yang lain


Keluarga :

1. Masa lebih banyak dihabiskan terhadap kerja berbanding keluarga
2. Terpaksa berjauhan dengan keluarga sekiranya menerima jawatan tersebut
3. Kemungkinan akan kehilangan ahli keluarga sekiranya kerjaya tersebut berisiko
4. Kemungkinan akan tidak mendapat restu dari ahli keluarga
5. Pengetahuan dan minat ahli keluarga tidak terdedah kepada kerjaya yang lain